Ditulis oleh Muhammad Nabil

Siapa sahaja yang tak suka bundle? Susunan-susunan pakaian yang murah dan tidak memecah akaun bank anda, sememangnya bundle merupakan syurga bagi mereka yang berjimat cermat. Lagi lagi dalam ekonomi yang merudum, bundle juga mula menjadi alternatif bagi orang yang kerap menziarahi pusat membeli-belah. Oleh itu, kami telah menyeneraikan 8 kedai bundle terbaik di Lembah Klang untuk anda!

Abe Bundle

Antara salah satu bundle yang membawa pelbagai jenis pakaian untuk semua jenis orang daripada punk ke hipster, kebarangkalian Abe mempunyai apa yang diperlukan untuk melengkapkan gaya anda. Bukan sahaja pilihan jeans yang banyak, namun kasut juga mempunyai banyak jenis branded seperti Timberland dan Nike yang bersepah rata dalam kedai.

Lokasi: Jalan Pantai Permai 3 (Alam Avenue), Shah Alam, Selangor

JBR bundle

Kalau nak cari barang barang keperluan pada harga yang murah, hanya perlu toleh pandangan ke JBR Bundle. Selain menjual pakaian, bundle ini juga menjual mainan seperti plushy, beg dan juga hiasan dan kelengkapan rumah. Memang all in one! Bukan sahaja itu, malah JBR juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah anda.

Lokasi: JBR BUNDLE (KEDAI & BUTIK), Jalan Sultan Alam Shah, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor.

Lazada Malaysia

Buntil Bundle

Kaki-kaki yang gemar fesyen ala ala desa tidak perlu melihat lebih jauh daripada Buntil Bundle. Daripada himpunan baju flannel atau pilihan jeans yang terdapat di kedai, tiada kesuntukan untuk barang barang vintage bertemakan lumber jack.

Lokasi: Shah Alam – G18 Merana U 40000 Shah Alam | TTDI Jaya – 16 Jln Opera C U2/C, Tmn TTDI JAYA

Lazada Indonesia

ONO Bundle

Selain pilihan pilihan jeans daripada Selvedge, Evisu dan Levis, bundle ini juga merumahkan koleksi kasut Redwing. Peminat-peminat kasut, boleh la jadikan bundle ini sebagai tempat utama anda!

Lokasi: No.3, Taman Sri Kapar Indah, 41050 Klang, Selangor

Jalan Jalan Japan

Tempat muktamad bagi peminat-peminat barang pre-loved tulen daripada Jepun! Pelbagai jenis pakaian dan mainan memang membuat pelanggan rambang mata untuk apa yang mahu dibawa pulang. Apa lagi bargain hunter sekalian? Marilah!

Lokasi: 1A Skypark One City, Jalan USJ 25/1, Subang Jaya

Bongkar Vintage Wardrobe

Stok Bongkar boleh dikatakan hampir exclusive kepada pakaian lelaki sahaja. Namun begitu, terdapat juga putaran pakaian wanita dan kanak kanak yang termasuk sekali bersama pakaian lain. Jika nasib baik, mungkin anda boleh mengutip sehelai baju yang ada sejarah dalam disebaliknya!

Lokasi: Lot T094(B), Tingkat Tiga, Plaza Sungei Wang, Jalan Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur

Yellow Kombi Vintage

Salah satu kedai yang mempunyai pilihan pakaian yang eklektik. Terletak di tingkat pertama di Campbell Complex, dahaga peminat peminat retro ternyata akan dipadam apabila melihat koleksi yang kedai ini tawarkan.

Lokasi: First Floor, Campbell Complex, 98 Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur 50100

Bandoru Store

Walaupun baru launch pada awal November tahun lepas, reputasi kedai ini telah meloncat kerana servis pelanggan yang baik sejurus dengan pilihan pakaian rare dan vintage yang disumber daripada Jepun!

Lokasi: Federal Highway, Batu 3, Shah Alam, Malaysia