By Shazwan Zulkiffli

Selepas masuk 5 hari berpuasa, semboyan perang iklan hari raya dan Ramadan pun mula berbunyi. Jika kebiasaannya syarikat-syarikat seperti TNB atau Petronas yang akan mengambil langkah pertama, kali ini sebuah kumpulan independent bernama Graph Studio yang menyajikan sebuah filem pendek yang unik: cerita tentang duit satu ringgit.

Dibintangi oleh Faiq Syazwan (WTFaiq, That Effing Show), ‘Biru’ menceritakan kisah tentang si Biru yang terpaksa mengalami diskriminasi kerana warna kulitnya. Tetapi pengakhiran kisah ini adalah sesuatu kejutan yang tak diduga.

Tontonilah video tersebut dibawah:

[Original Short Film] Biru

Filem biru untuk mengatasi Monday blues.#BlueLivesMatterTooA film by Derrik Yaw. Conceptualized and written by Mo Nazmi AhmadSpecial credit mention to the undying support from Brad Chai of Black Candy Production for helping us to storyboard the film.

Posted by Graph Studio on 20hb Mei 2018