By A.Akbar

Kugiran pop punk dari Johor, Classmates kelihatan lebih matang dalam musik video terbaru mereka, ‘Giliranku’.

Classmates boleh dikatakan veteran dalam scene genre pop punk, dengan lagu-lagu hit seperti ‘Primadunia’ (ketika Taufiq masih bersama mereka) dan ‘Luaskan Kuasamu’, yang menjadi lagu anthem kebanggaan rakyat Johor, lagi-lagi untuk peminat bola sepak.

Band ini mengalami transformasi yang menarik apabila bekas pemain dramnya, Elham @ El, menggantikan vokalisnya dan untuk lagu ‘Giliranku’, El kelihatan cukup versatil dalam nyanyiannya – menunjukkan kematangan dan persembahan yang bertambah baik.

Jika anda peminat Classmates, kini giliran anda untuk menonton video di bawah: