By Shazwan Zulkiffli

Kugiran Margasatwa ini kumpulan baru yang sedang perlahan-lahan menempa nama di arena ‘gigging’ di kawasan Lembah Kelang. Meskipun mereka sudah mempunyai ramai peminat, sebelum ini Margasatwa belum lagi mengeluarkan apa-apa single, dan peminat, atau mereka memanggil diri mereka Wargasatwa, hanya dapat mendengar lagu-lagu mereka di YouTube. Tetapi hari-hari itu sudah berakhir, kerana kumpulan ini baru sahaja mengeluarkan sebuah single bertajuk ‘Ego’.

Band di bawah naungan Luncai Emas ini terkenal dengan kelincahan mereka di atas pentas, tetapi lagu ‘Ego’ membawa sebuah dimensi yang baru untuk para peminat. Sekali dengar, hampir seperti jelmaan Zainal Abidin yang menyanyi, tetapi mungkin lebih muda dan bertenaga. Lagu ‘Ego’ ini sangat gemuk dengan lirik yang berisi, nyaman bunyinya di telinga, dan sangat relevan dengan situasi semasa, yang makin hari makin hangat menunggu datangnya demam pilihan raya.

Untuk kami, ‘Ego’ boleh dikatakan antara lagu yang terbaik tahun ini.

 

Lazada Malaysia