By Faris Foat

Dalam tempoh beberapa minggu ini, berita mengenai pengumpulan atau perlombongan data dari pengguna untuk dijual kepada pengiklan-pengiklan telah berlegar di dunia media massa. Berikut adalah artikel oleh Pengarah Pengurusan Produk Facebook, David Baser, yang menerangkan tentang data yang dikumpulkan Facebook apabila pengguna tidak menggunakan Facebook dan alasan mengapa.

Hard Questions: Data apakah yang dikumpul oleh Facebook apabila saya tidak menggunakan Facebook dan kenapa?

Oleh David Baser, Pengarah Pengurusan Produk

Pada minggu lepas, Mark Zuckerberg telah memberi keterangan di hadapan Kongres Amerika Syarikat. Beliau telah menjawab lebih 500 soalan dan berjanji akan mengemukakan jawapan bagi lebih kurang 40 soalan yang tidak dapat dijawab oleh beliau pada ketika itu. Kami sedang membuat susulan secara terus dengan pihak Kongres, tetapi kami juga mahu mengambil peluang ini untuk memberi penjelasan lanjut mengenai maklumat yang kami perolehi daripada laman sesawang dan aplikasi. Penjelasan yang dimaksudkan ialah mengenai bagaimana kami menggunakan data yang dihantar kepada kami, dan kawalan yang anda miliki. Saya mengetuai kumpulan yang memberi tumpuan kepada isu privasi dan penggunaan data, termasuklah pematuhan kepada Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR) dan perkakasan yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk mengawal dan memuat turun maklumat mereka.

Bilakah Facebook mendapat data mengenai orang ramai daripada laman sesawang dan aplikasi lain?

Lazada Malaysia

Terdapat banyak laman sesawang dan aplikasi yang menggunakan khidmat Facebook bagi menjadikan kandungan serta iklan mereka lebih menarik dan relevan. Perkhidmatan berkenaan termasuklah:

Lazada Indonesia
  •        Plugin sosial, seperti butang Like dan Share kami, yang menjadikan laman sesawang lain lebih sosial dan membantu anda untuk berkongsi kandungan di dalam Facebook;
  •        Log Masuk Facebook, yang membenarkan anda menggunakan akaun Facebook anda untuk log masuk ke dalam laman sesawang atau aplikasi lain;
  •        Analitik Facebook, yang membantu meningkatkan kefahaman laman sesawang serta aplikasi tentang bagaimana orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka; dan
  •        Iklan dan alat pengukuran Facebook, yang membolehkan laman sesawang serta aplikasi menayangkan iklan daripada pengiklan Facebook, untuk memainkan iklan mereka di dalam Facebook atau di tempat lain, dan untuk mengetahui keberkesanan iklan mereka.

Apabila anda mengunjungi laman sesawang atau aplikasi yang menggunakan perkhidmatan kami, kami akan menerima maklumat walaupun anda telah log keluar atau tidak mempunyai akaun Facebook. Ini kerana aplikasi serta laman sesawang yang lain itu tidak tahu siapa yang menggunakan Facebook.

Banyak syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan serupa dan, seperti Facebook, mereka juga memperolehi maklumat daripada aplikasi serta laman sesawang yang menggunakan perkhidmatan mereka. Twitter, Pinterest dan LinkedIn semuanya mempunyai butang Like dan Share yang sama bagi orang ramai berkongsi pelbagai perkara menerusi perkhidmatan mereka. Google mempunyai perkhidmatan analitik yang diketahui ramai. Dan Amazon, Google serta Twitter semuanya menawarkan fungsi log masuk. Semua syarikat berkenaan, dan banyak lagi, turut menawarkan perkhidmatan pengiklanan. Malah, kebanyakan laman sesawang dan aplikasi menghantar maklumat yang sama ke pelbagai syarikat setiap kali anda mengunjungi mereka.

Apakah jenis data yang diperolehi oleh Facebook daripada laman sesawang serta aplikasi berkenaan?

Aplikasi serta laman sesawang yang menggunakan perkhidmatan kami, seperti butang Suka atau Analitik Facebook, menghantar maklumat kepada kami bagi menjadikan kandungan memahami bagaimana dan iklan mereka lebih baik. Untuk ianya berlaku, anda perlu tahu bagaimana kebanyakan laman sesawang serta aplikasi berfungsi. Saya akan gunakan laman sesawang sebagai contoh, namun ia secara umumnya sama seperti aplikasi juga.

Apabila anda mengunjungi sesuatu laman sesawang, pelayar anda (sebagai contoh Chrome, Safari atau Firefox) akan menghantar satu set permintaan ke pelayan laman sesawang berkenaan.  Pelayar tadi akan mengongsi alamat IP anda agar laman sesawang berkenaan tahu ke mana kandungannya perlu dihantar dalam internet. Laman sesawang berkenaan turut memperolehi maklumat mengenai pelayar dan sistem operasi (sebagai contoh Android atau Windows) yang anda gunakan kerana tidak semua pelayar serta peranti menyokong ciri-ciri yang sama. Ia juga akan menerima cookies, yang merupakan aturan pengecaman yang digunakan oleh laman sesawang untuk mengetahui sama ada anda pernah mengunjunginya sebelum ini. Ia diperlukan untuk beberapa perkara seperti menyimpan barangan di dalam shopping cart anda ketika membuat pembelian secara dalam talian.

Sesuatu laman sesawang itu biasanya akan menghantar dua perkara ke pelayar anda semula: pertama, kandungan daripada laman sesawang berkenaan; dan kedua, set-set arahan kepada pelayar untuk menghantar permintaan anda ke syarikat-syarikat lain yang menyediakan kandungan atau perkhidmatan dalam laman sesawang berkenaan.  Jadi, apabila sesuatu laman sesawang itu menggunakan perkhidmatan kami, pelayar anda akan menghantar maklumat yang sama kepada Facebook sepertimana yang diterima oleh laman sesawang itu. Kami turut menerima maklumat mengenai laman sesawang atau aplikasi manakah yang anda gunakan, yang mana maklumat berkenaan diperlukan untuk menyediakan perkakasan kami.

Proses sama berlaku bagi setiap perkhidmatan yang digunakan oleh laman sesawang berkenaan. Sebagai contoh, apabila anda melihat ada video YouTube di dalam laman sesawang yang bukan YouTube, ia akan memberitahu pelayar anda untuk meminta video berkenaan daripada YouTube. YouTube kemudiannya akan menghantar video yang diminta kepada anda.

Bagaimanakah Facebook menggunakan data yang diterimanya daripada laman sesawang serta aplikasi lain?

Polisi privasi kami menjelaskan secara terperinci apa yang kami lakukan terhadap maklumat yang kami terima, dan kami telah mengemaskini polisi berkenaan agar ianya mudah untuk dibaca. Terdapat tiga cara utama bagaimana Facebook menggunakan maklumat yang kami dapati daripada laman sesawang serta aplikasi lain iaitu menyediakan perkhidmatan kami kepada laman sesawang serta aplikasi berkenaan; meningkatkan tahap keselamatan dalam Facebook; dan memantapkan lagi produk serta perkhidmatan kami sendiri. Saya akan berikan penerangan lanjut berkaitan perkara tersebut. Walaubagaimanapun, saya ingin menyatakan sesuatu dengan jelas: Kami tidak menjual data milik orang ramai. Noktah.

Menyediakan Perkhidmatan Kami

  •        Plugin sosial dan Log Masuk Facebook. Kami menggunakan alamat IP, maklumat pelayar/sistem operasi anda, dan alamat laman sesawang atau aplikasi yang anda gunakan untuk memastikan ciri-ciri berkenaan berfungsi. Sebagai contoh, dengan mengetahui alamat IP anda akan membolehkan kami menghantar butang Suka ke pelayar anda dan membantu kami untuk menunjukkannya dalam bahasa anda. Cookies dan pengecaman peranti membantu kami menentukan sama ada anda telah log masuk, yang akan memudahkan perkongsian kandungan atau menggunakan Facebook untuk log masuk ke dalam aplikasi lain.
  •        Analitik Facebook. Analitik Facebook memberikan data mengenai bagaimana sesuatu laman sesawang serta aplikasi itu digunakan. Kami boleh menyenaraikan negara-negara di mana sesuatu aplikasi itu digunakan oleh orang ramai dengan bantuan alamat IP. Maklumat pelayar dan sistem operasi membolehkan kami menyalurkan maklumat kepada pembangun aplikasi mengenai platform yang digunakan oleh orang ramai untuk mengakses aplikasi mereka. Cookies dan aturan pengecaman lain membantu kami untuk mengira jumlah pengunjung unik. Cookies turut membantu kami untuk mengenal pasti pengguna Facebook dalam kalangan pengunjung supaya kami dapat menyediakan maklumat demografi berkumpulan, seperti umur dan jantina orang ramai yang menggunakan aplikasi berkenaan.
  •        Iklan. Rangkaian Khalayak Facebook membolehkan laman sesawang serta aplikasi lain memaparkan iklan daripada pengiklan Facebook. Apabila kami mendapat permintaan untuk menayangkan iklan Rangkaian Khalayak , kami perlu mengetahui ke mana iklan itu hendak dihantarkan dan apakah jenis pelayar serta sistem operasi yang digunakan oleh seseorang itu. Cookies dan pengecaman peranti membantu kami menentukan sama ada seseorang itu menggunakan Facebook. Jika ya, kami boleh menggunakan maklumat bahawa mereka ada mengunjungi laman sesawang atau aplikasi sesebuah perniagaan untuk menayangkan iklan daripada perniagaan berkenaan, atau iklan daripada perniagaan yang serupa, di dalam Facebook nanti. Jika tidak, kami boleh menayangkan iklan bagi menggalakkan mereka untuk mendaftar akaun Facebook.
  •        Pengukuran Iklan. Sesuatu pengiklan itu boleh memilih untuk memasukkan Facebook Pixel, sejenis kod komputer, ke dalam laman sesawang mereka. Ianya membolehkan kami memberikan statistik kepada pengiklan mengenai berapa ramai orang yang telah memberikan maklum balas terhadap iklan mereka, walaupun mereka melihat iklan itu di dalam peranti yang lain, tanpa memerlukan kami berkongsi maklumat peribadi sesiapa.

Memastikan Maklumat Anda Selamat

Kami turut menggunakan maklumat yang kami perolehi daripada laman sesawang serta aplikasi untuk membantu melindungi keselamatan Facebook. Sebagai contoh, data yang diterima mengenai jenis laman sesawang yang dikunjungi oleh sesebuah pelayar itu dapat membantu kamu mengenal pasti sebarang perlakuan buruk. Jika ada seseorang cuba untuk log masuk ke dalam akaun anda menggunakan alamat IP dari negara berbeza, kami mungkin akan menanyakan beberapa soalan bagi mengesahkan orang itu adalah anda. Atau jika sesuatu pelayar itu telah mengunjungi beratus laman sesawang dalam masa lima minit yang lalu, ia merupakan tanda bahawa peranti berkenaan adalah bot. Kami akan meminta mereka untuk membuktikan bahawa mereka adalah orang sebenar dengan menjawab beberapa soalan keselamatan tambahan.

Memantapkan Produk dan Perkhidmatan Kami

Maklumat yang kami terima turut membantu kami meningkatkan ketepatan kandungan serta iklan yang kami tayangkan di dalam Facebook. Jadi, jika anda selalu mengunjungi laman-laman sukan yang menggunakan perkhidmatan kami, anda mungkin akan melihat lebih banyak berita berkaitan sukan di dalam Suapan Berita anda. Jika anda mengunjungi laman-laman pelancongan, kami boleh menunjukkan kepada anda iklan mengenai hotel dan kereta sewa.

Apakah kawalan yang saya ada?

Seperti yang dikatakan oleh Mark pada minggu lalu, kami percaya bahawa semua orang berhak mempunyai kawalan privasi yang baik. Kami telah menetapkan supaya semua laman sesawang serta aplikasi yang menggunakan perkakasan kami, perlu memaklumkan kepada anda bahawa mereka mengumpul dan berkongsi maklumat anda dengan kami, dan mereka perlu mendapatkan kebenaran anda untuk berbuat demikian.

Kami memberikan beberapa kawalan kepada anda tentang cara data berkenaan digunakan bagi menyediakan kandungan serta iklan yang lebih relevan:

  •       Pilihan Suapan Berita membolehkan anda memilih kandungan manakah yang anda akan lihat dahulu dan menyembunyikan kandungan yang anda tidak ingini di dalam Suapan Berita anda. Anda juga boleh melihat Suapan Berita anda mengikut urutan kronologi berbanding kedudukan mengikut apa yang dijangkakan oleh Facebook sebagai perkara yang diminati oleh anda.
  •        Pilihan iklan menunjukkan kepada anda senarai pengiklan yang mana anda mungkin melihat iklan mereka kerana anda pernah mengunjungi laman sesawang atau aplikasi mereka. Anda boleh mengeluarkan mana-mana pengiklan berkenaan untuk berhenti melihat iklan mereka.

o    Sebagai tambahan, anda boleh memilih untuk tidak melihat sebarang iklan yang seumpama dengannya, jadi anda tidak akan melihat iklan di dalam Facebook berdasarkan maklumat yang kami terima daripada laman sesawang serta aplikasi yang lain.

o    Akhir sekali, anda juga boleh mengawal kami daripada menggunakan minat Facebook anda untuk menunjukkan iklan kepada anda di dalam laman sesawang dan aplikasi lain.

Sama ada maklumat itu daripada aplikasi dan laman sesawang, atau maklumat yang anda kongsikan dengan orang lain di dalam Facebook, kami mahu anda mengawalnya, dan sentiasa telus mengenai maklumat apakah yang dimiliki oleh Facebook dan bagaimana ia digunakan. Kami akan terus berusaha bagi menjadikannya lebih mudah.

Hard Questions merupakan sebuah siri penjelasan daripada Facebook bagi menjawab isu-isu berkaitan dengan impak produk kami ke atas masyarakat.

Acer releases Veritons, TravelMates and Chromebooks

by Maruxa Lynd Acer Malaysia extends its portfolio of devices for business and education environments with the unveiling of the powerful Veriton series in various forms and specifications, as well as TravelMates and Chromebooks that comes in myriad of...

GRAB officially launches ‘GrabPay Credits’

by Maruxa Lynd South East Asia’s leading Online – to – Offline (O2O) platform, Grab has just introduced the GrabPay mobile wallet today. Yes! The all new GrabPay, which previously only accepted debit or credits cards is now enhanced with the mobile wallet...

KASPERSKY SETS NEW RECORD IN MALAYSIA BOOK OF RECORDS!

By Magdelena Long Kaspersky Lab, one of the famous anti-virus developers in the world, now has set a new Malaysian record as it has managed to activate 1,931 signups of its mobile phone anti-virus program at an education and awareness program in Tunku...

Oppo announcing its new phone: Oppo R15 Pro

By Magdelena Long Oppo will launch its newest smartphone model which is the Oppo R15 Pro at RM2399 starting on 1st of June 2018 - but pre-orders can be made from 31th of May 2018. The smartphone has the full screen concept with a 6.28 inch beautiful OLED...

Transformers: This one is real and it can drive!

By Magdelena Long If you have heard about the real life Gundam, now Japan brings you a real life Transformers! Oh Japan...what a great country to live in and when it comes down to mechanical engineering, they are the boss. The real life...

Review: Samsung Galaxy S9 – The S8 Doppelganger

PROS AMOLED Display Dust and Waterproof Design (IP68) One of the fastest Android phones when released Stereo Speakers Variable aperture camera for low light pictures Slow Motion Capture at 960fps Great video at 4k 60fps Great OIS They moved the Fingerprint Sensor...

The New Oppo F7

By Magdelena Long Oppo is up with a new model which is the F7. This new model is compact with a powerful selfie camera and beautiful HD screen. The new model also receive great sales throughout its first sales in the weekend. The F7 comes with an 6.23...

Acer releases Limited Edition Infinity War Laptops

By Magdelena Long Acer is proud to present to you its limited edition Avengers: Infinity War laptops and it will be available starting 18th of April onwards. As the movie is just right around the corner, it is sure good timing for Acer to release its...

Man Creates A Real Gundam

By Magdelena Long Finally, a Japanese man has created the dream of a thousand model kit enthusiasts - a real life Gundam! Masaaki Nagumo, a Japanese engineer, acheived his childhood dream by building a 8.5 meter, 7 ton giant robot. Even better, the machine...

Sony Xperia XA2 Ultra – The Larger than Life Phablet Selfie Snapper

By Aaron Lim Everything about this phone is large - from the picture quality, to the build, to the screen and battery. However,  if you’re a phablet enthusiast, it may be hard to swallow the RM500 price increase from the regular XA2 - even the spec sheet is...

Asus Roadshow April 2018

Written by Magdelena Long Asus Roadshow is back again with great and stunning devices for everyone to experience and enjoy. From beautiful HD touch-screen monitor to smooth desktop PC. Date: 4th till 8th April 2018 Location: Mid Valley Megamall, Centre...

Review: Samsung Galaxy A8+

Written by Angel Tong So a few weeks ago, I managed to get my hands on the new waterproof Samsung A8+ which was launched in January 2018. My first response? OMG this thing is heavy compared to my Samsung S8 (muahaha, my bias). I’m not much of a tech person...

Facebook Makes Privacy Tools Easier To Find

Facebook has been under fire for the last two weeks concerning user’s privacy and data collection. With the community in an uproar and stock prices falling, Facebook definitely has gotten the message loud and clear. So in addition to Mark Zuckerberg's...

AMD’s New Ryzen Mobile Processor in Malaysia

AMD’s hot streak is set to continue with their highly anticipated launch in the mobile processor space today with the AMD Ryzen™ 7 2700U and AMD Ryzen™ 2500U. Included in two new variants of laptop: the Lenovo Ideapad 720S and Acer Swift 3, the Ryzen™...

What is Industry 4.0?

Industry 4.0, also known as the fourth industrial revolution, introduces to us the concept of the “smart factory”. Yet since its inception by the Germans, it has grown to include other industries and practices that are not related to manufacturing alone.We are talking...