By Faris Foat

Beberapa minggu lepas, dunia Internet kecoh dengan isu Facebook dan Google ‘mencuri’ data dari penggunanya. Dalam hal ini, secara teknikalnya, perkataan ‘mencuri’ tidaklah berapa sesuai, ‘mengumpul’ adalah perkataan yang lebih sesuai kerana kita sendiri secara tidak sedar, telah memberi izin kepada Google dan Facebook untuk mengumpul maklumat digital kita. Situasi ini berlaku apabila kita ingin memuat turun sesuatu aplikasi di Google Play Store, ketika pertama kali mendaftar untuk Gmail dan Facebook, dan pelbagai lagi akaun yang berkait dengan Facebook dan Google. Berikut adalah maklumat-maklumat yang Google dan Facebook kumpul dari anda.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa perkara sebegini berlaku? Google pada dasarnya hanyalah syarikat enjin pencarian Internet sahaja, jadi Google amat bergantung kepada iklan-iklan untuk menjana duit, dengan menjual data-data kepada syarikat – syarikat pengiklanan di luar sana. Bak kata seseorang yang pernah bekerja di Silicon Valley: ‘If you’re not the customer, you’re the product’ yang bermaksud jika servis itu percuma dari segi wang, ia tidak bermaksud servisnya percuma dari segi yang lain. Mungkin kita bayar dengan cara lain dan dalam konteks ini, dengan data.

Google mempunyai data-data anda seperti:

Google tahu di mana lokasi anda dari dahulu sehingga sekarang

Lazada Malaysia

Google menyimpan data Google Maps anda sejak pertama kali anda menggunakan akaun Google di semua peranti anda. Gambar di bawah menunjukkan tempat-tempat yang aku pernah pergi sepanjang 12 bulan lepas.

Tekan pautan ini untuk lihat data anda: https://www.google.com/maps/timeline?authuser=1&pb

Lazada Indonesia

Google mempunyai sejarah carian You Tube anda

Google mungkin mengetahui citarasa anda di dalam muzik, haiwan kegemaran, makanan kegemaran, malah mereka juga mungkin mengetahui bangsa, agama, jantina dan umur anda berdasarkan data-data yang di kumpul hanya melalui akaun You Tube anda.

 

Google mengetahui sejarah carian di semua peranti anda, termasuk yang sudah dipadamkan

Adakah anda pasti semua benda yang anda buang dari sejarah carian Google betul-betul hilang? Anda mungkin mahu fikir semula kerana Google juga menyimpan data sejarah carian anda, termasuk yang sudah dibuang. Google tahu jika anda pernah melawati laman sesawang berbaur lucah atau tidak.

Tekan pautan ini untuk melihat data anda: myactivity.google.com/myactivity

 

Google mempunyai akses kepada webcam dan mikrofon peranti anda.

Tidak pelik juga jika Google mempunyai akses kepada peranti anda, PC mahupun telefon pintar seperti aplikasi yang telah dimuat turun, muzik yang anda dengar serta sejarah panggilan telefon. Gambar dan video di telefon anda juga boleh diakses oleh Google.

Facebook juga tidak terkecuali daripada menyimpan data-data anda

Facebook mungkin tahu apa minat anda berdasarkan halaman yang anda ikut dan post yang anda suka dan kongsi.

Mereka menyimpan data tentang, berapa kali anda log masuk ke Facebook dalam sehari, di mana anda log masuk, bila, dan dari peranti apa. Selain itu, facebook juga menyimpan rekod chat anda, mesej suara serta gambar-gambar anda, termasuk gambar anda yang private. Mereka juga menyimpan semua data aplikasi yang pernah anda sambungkan ke akaun Facebook anda.

Tekan pautan ini untuk melihat data FB anda: https://www.facebook.com/help/131112897028467

Anda juga boleh muat turun semua data-data Google anda di pautan ini: google.com/takeout

Jika difikirkan balik, perkara seperti ini tidaklah pelik dan mengejutkan memandangkan kita sedang berada di dunia yang sedang berkembang pesat di alam maya mahupun di alam realiti. Kita sebagai pengguna juga perlulah bijak sebab walau macam mana pun, tiada apa yang benar benar percuma dalam dunia ini. Tetapi dengan teknologi sekarang yang semakin canggih, adakah kita masih boleh memiliki privasi di masa-masa akan datang?

5 things we’ve learnt from 30 years of Shark Week

By Discovery Channel SHARK WEEK, television’s longest-running and eagerly awaited summer TV event returns to Discovery Channel for its 30th anniversary installment this July. Yes, you read that right! It’s been three decades since the premiere of this...

Keajaiban Air Kelapa

Kekal sihat tak kira masa Meskipun Syawal bakal melabuhkan tirai, kemeriahannya masih dirasai. Undangan rumah terbuka tidak putus tiba, malah ketupat dan rendang masih menjadi juadah pilihan. Keindahan Aidilfitri kekal meriah dengan kehadiran ahli keluarga...

An Intern’s Quest For The Internet in 2018

By Magdelena Long Remember those times when people had to climb a hill just to get coverage? Yeah, those times. Now combine that with today’s era, with coverage everywhere - and a penniless student. Tadaa, no internet! Let me tell you my journey to the...

Bringing more colour this coming Father’s Day with Nippon Paint PYLOX!

It’s that time of the year again to extend our appreciation and gratitude… it’s Fathers’ Day! There are only so many things you can buy for your dad, be it a wallet, a tie or shirt perhaps? Why not do something different for him this year? With Nippon...

Are You Ready to Retire?

Retirement’s a scary thought for many Malaysian millennials. Most of us would love to retire with a nice little nest egg to see us through our golden years, but like most millennials, we have doubts on whether or not we’ll ever be able to actually retire....

John “TotalBiscuit” Bain passes away at the age of 33, but he will not be forgotten.

British Youtube gaming commentator and a great gaming critic, John Peter Bain has sadly passed away at the young age of 33 due to bowel cancer. Probably more commonly known by his online aliases TotalBiscuit (TB for short), The Cynical Brit, TotalHalibut,...

Of Ustazs, Sharnaaz Ahmad, and impact of moral policing

By A.Akbar As Ramadan progresses and the slight changes in our daily routine for the month, the heat and the hunger can get to people, hence the infamous ‘baling selipar’ incident that occurred during this holy month last year at a Ramadan bazaar. But...

Asia Pacific Healthy Breakfast Survey and Tips for Healthy Eating

A month ago, Herbalife released their findings from their Asia Pacific Healthy Breakfast Survey. In the survey, it contained insights into our eating habits and attitudes about breakfast in the region. To find out more, we talked to Dr. Chen Zen-Yu, Chair...

Tips Trafik Ramadan oleh Waze

By Faris Foat For English, click here. Bulan Ramadhan sudah menjelma, bulan untuk refleksi dan ibadat rohani dan umat Islam di kalangan kita mesti ingin menyambut bulan yang penuh keberkatan ini bersama keluarga yang tercinta. Bulan yang suci ini juga...

Ramadan Traffic Tips by Waze

By Faris Foat Bahasa Melayu Muslim amongst us is welcoming Ramadhan, the month for spiritual reflection and worship and most of them will push away worldly indulgences and pleasures to focus on prayers with our family. The Holy month is likewise one of the...

Ini Cerita Sebenar PRU14 Dari Lensa Orang Muda Biasa

By Shazwan Zulkiffli Pilihan raya ini merupakan pilihan raya pertama aku. Walaupun aku sudah laburkan segala jenis emosi untuk pilihan raya yang lepas, umurku ketika itu masih tidak cukup untuk memberikan sumbangan pangkahku untuk mana-mana pihak. Tapi...

#GE14 – Why Your Voice Mattered

Among the many incredible numbers that emerged throughout the night of 9th May 2018 and the wee hours of 10th May 2018 was that 14,449,200 votes had been cast in our 14th General election. Of that 14 million odd votes (just short of half the country's...

Facebook still collecting data when the users are offline

By Faris Foat News about Facebook collecting or mining data from its users to sell to advertisers has been lingering around the mass media world for a few weeks now. Here is the article by Facebook Product Management Director, David Baser explaining about...

Facebook masih mengumpul data walaupun pengguna offline

By Faris Foat Dalam tempoh beberapa minggu ini, berita mengenai pengumpulan atau perlombongan data dari pengguna untuk dijual kepada pengiklan-pengiklan telah berlegar di dunia media massa. Berikut adalah artikel oleh Pengarah Pengurusan Produk Facebook,...

Two Malaysian won top awards at ‘Asia Young Designer Summit 2017/18’

By Faris Foat The esteemed regional Asia Young Designer Summit 2017/18 witnessed two young local designers, Ng Wai How (Architecture) and Shahmeena Labeeb (Interior Design) win USD5,000 each and further proving that they had the power to shape the future...