By Shazwan Zulkiffli

Dengan filem filem seperti Terbaik Dari Langit, Ola Bola, Jagat dan yang terbaru, JRevolusi, industri filem di Malaysia nampak lebih ‘fresh’ dari sedekad lalu. Nampak gayanya, pelapis industri kini sudah belajar dari kesilapan dan kelemahan orang orang lama. Walaupun progres semasa kelihatan positif, sejauh mana pencipta pencipta filem yang baru ini dapat menetapkan ‘industry standard’ mereka dan terus menghasilkan filem filem yang menarik?

Processed with VSCO with e3 preset

Semasa persoalan ini masih bermain di fikiran, ternampak pula sebuah tweet dari Adam Zainal, seorang direktor muda yang masih sedang belajar di MMU Nusajaya, mempromosikan filem pendek interaktifnya yang bertajuk – Ngelamun.

Ngelamun merupakan sebuah filem berdasarkan cerita dongeng Mat Jenin yang sering mengelamun. Adam Zainal bersama kumpulannya Topo Morto, memberikan cerita tersebut sebuah perubahan yang baru dengan memperkenalkan watak Mat Jenin versi perempuan yang bernama Mina bersama rakannya Nadia. Mina telah jatuh cinta dengan seorang pelajar baru bernama Rahman, yang juga menjadi rebutan diantara Mina dan rakan sekelasnya, Natasha. Elemen elemen Mat Jenin sangat jelas dalam filem ini, dimana sikap Mina yang suka berangan itu menahannya daripada mencapai impiannya – menegur Rahman.

Lazada Malaysia

Konsep filem ini sangat menarik apabila ruangan Youtube membenarkan filem ini untuk menjadi interaktif. Diakhir filem tersebut, penonton diberi peluang untuk menolong Mina merealisasikan impiannya untuk bersama Rahman dengan menggunakan annotation yang tersedia.

Processed with VSCO with e3 preset

Lazada Indonesia

Konsep ini bukan sajalah sebab kenapa filem Ngelamun ini boleh dikatakan produksi yang hebat. Pelakonnya, Adriana Abang, juga telah membawakan watak Mina itu dengan baik. Ekspresi mengelamun yang ditunjukkan oleh Adriana itu sangat realistik, dan saya sebagai penonton yang pernah berada dalam situasi itu, boleh cukup ‘relate’. Yuna Rahim, yang berlakon sebagai Nadia, memberikan persembahan yang lancar, dan mengingatkan saya kepada Sharifah Amani yang lebih muda dan selamba.

Visi Adam Zainal dalam menghasilkan filem ini cukup kreatif. Dari color-grading ke plot, Adam, yang berumur 21 tahun, berjaya mengharumkan nama kolejnya, MMU Nusajaya, dan menghembuskan nafas baru kepada industri seni perfileman. Bersama sama rakan rakannya, Abdelrahman Elmonzer selaku penerbit, Benjamin Wong selaku cinematographer, Zaim Zakki selaku penyunting dan Shemad Jufri sebagai pengarah seni, Ngelamun telah menjadi satu ‘benchmark’ untuk filmmaker muda capai, dan sebuah mesej kepada industri filem bahawa dengan adanya mereka, masa depan industri seni perfileman kita akan cerah.