by Faris Foat

Grey Sky Morning adalah kumpulan muzik yang telah lama menempa nama mereka di dalam scene muzik indie tanah air. Lagu seperti Pancaroba, Hilang Rasa Cinta merupakan antara lagu-lagu mereka yang mendapat sambutan hangat dari pendengar muda di Malaysia yang rata-ratanya adalah penggemar muzik indie lagi lagi dengan lagu ‘Cinta Gila’, lagu Grey Sky Morning yang paling popular. ‘Cinta Gila’ pernah berjaya ke peringkat separuh akhir dalam Anugerah Juara Lagu pada 2009 dan juga pernah dimainkan di corong corong radio swasta tempatan, seperti XFM (sekarang sudah digantikan dengan radio berbahasa Cina, Melody FM). yang popular suatu ketika dahulu.

Kini, dengan single terbaru, Grey Sky Morning kembali dengan bunyi berbeza. Kumpulan muzik itu telah memuat naik satu video yang berdurasi 30 saat di laman Twitter rasmi kugiran itu pada 26hb Mac diikuti dengan Tweet pautan Spotify kepada lagu Dansa Persona pada hari seterusnya. Apa yang boleh dikatakan, lagu baru ini terdapat gabungan bunyi di antara muzik 80an, pop yeh yeh dan indie, yang merupakan arah muzik Grey Sky Morning yang asal. Bunyi daripada muzik 80an adalah penyumbang kepada bunyi funky yang boleh didengar jelas di dalam lagu ini. Secara keseluruhannya, Dansa Persona adalah hasil sebuah eksperimen muzik yang berjaya dilakukan oleh kugiran ini kerana bunyinya yang lari sedikit dari landasan bunyi mereka yang asal dengan mencampurkan genre-genre yang lain tetapi identiti Grey Sky Morning terserlah dari segi lirikal dan susunan muzik.

Bagi mereka yang ingin melihat Grey Sky Morning memainkan lagu Dansa Persona secara langsung, boleh menghadirkan diri ke IndieRock Fest di Blackbox, MAPKL pada 21 April 2018, selain Grey Sky Morning, The Times AKA, Masdo, Margasatwa serta Salam Musik juga akan membuat persembahan.

Ikuti mereka di Twitter, https://twitter.com/gsmkugiran dan di Facebook, Grey Sky Morning untuk mengikuti sebarang perkembangan.

Dansa Persona kini boleh didengari di Spotify, JOOX dan Apple Music.