By Faris Foat

Hacktick baru saja mengeluarkan klip video untuk cover lagu ‘Bagaikan Puteri’ di YouTube dua hari lepas. Sebelum klip video tersebut dimuat naik, video itu mula dipaparkan di sesi Facebook live TAPAUtv, theTapauShowLIVE bersama Iqbal M pada 19 April yang lalu.

Jika anda peminat muzik alternatif dan lahir pada tahun 90an, lagu dan klip video ini mesti akan mengingatkan anda kepada banyak pop culture yang berlegar pada zaman tersebut. Walaupun aku lahir pada lewat 90an tetapi aku masih berpeluang untuk menikmati segala kartun yang dipaparkan di dalam klip video tersebut seperti Marsupilami, Digimon, Naruto, Keluang-Man dan anak-Anak Sidek. Tambahan pula dengan lagu ‘Bagaikan Puteri’ yang pernah dipopularkan oleh Farra pada tahun 90an, cover dan klip video ini boleh dikatakan sebagai tamparan nostalgik di muka.

Tonton klip video HACKTICK! – Bagaikan Puteri (Farra cover) di sini:

Lagu ini diolah menjadi versi pop punk dan terdapat sedikit elemen easycore/popmosh di dalamnya dan ia serta-merta membuatkan lagu ini sungguh brilliant. Lagu ini juga mempunyai vokal pre breakdown yang paling kelakar sekali bagi aku kerana vokalis Hacktick secara literalnya bersin sebelum breakdown, memberikan kelainan kepada cover ini berbanding cover yang lain.