By A.Akbar

Shah Alam memang terkenal dengan tarikan pelbagai kedai makanan, dari Kek Jalan Tiung hinggalah ke Nasi Kerabu Asap di Seksyen 7. Tapi mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa Shah Alam juga merupakan ‘port’ terbaik untuk makanan Western yang sedap dengan harga yang berpatutan. Kalau anda sudah biasa dengan Pizza Hut, Kenny Rogers Roasters dan Burger King, apa kata anda cuba sebuah restoran yang menggabungkan semua menu di atas!

Memperkenalkan Hermanos, sebuah restoran keluarga yang memulakan perjalanannya sebagai sebuah rotisserie yang menjual ayam bakar dan makanan berkhasiat. Tidak lama selepas itu, Hermanos berkembang menjadi sebuah kedai makanan Western yang menawarkan bermacam-macam jenis pizza dan burger.

Yang menarik tentang pizza mereka adalah saiznya, iaitu 10 inci. Jadi kemungkinan besar, satu keping pun sudah boleh rasa kenyang!

Pizza mereka dipanggil ‘thin crust’, yang sangat popular di New York dan juga dijual di Mikey’s New York Pizza di Bangsar dan Publika. Untuk warga Shah Alam, Subang dan Klang, kini anda tidak perlu pandu jauh untuk pizza seperti ini – kerana kini terdapat di Hermanos.

Selain pizza, mereka juga hidangkan bermacam jenis burger ‘homemade’ mereka sendiri. Istimewanya burger mereka, adalah kepelbagaian ‘topping’ nya bermula dengan beef bacon, cendawan, dan bawang. Burger mereka sesuai dinikmati dengan minumannya yang boleh diisi semula dengan percuma.

Hermanos terletak di Seksyen 9 Shah Alam bersebelahan dengan Al Rajhi Bank.

No 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B
Shah Alam, Malaysia

Waktu Beroperasi: 12pm – 11pm

Nombor premis: 03-5523 1778