by A.Akbar

Gitaris tersohor Bittersweet, Herri Hamid kembali ke pentas rock n roll selepas mengambil cuti panjang berhubung dengan kemalangan yang beliau alami beberapa bulan lepas.

Herri, yang boleh dianggap seperti veteran dalam arena indie selepas beberapa album bersama Bittersweet, terlibat dalam  kemalangan motosikal semasa  perjalanannya ke utara selepas persembahannya di Ipoh.

Selepas beberapa bulan tidak beraksi, Herri kembali bermain gitar di hadapan peminatnya untuk Da Vagabonds, bersama Noh Salleh, Irfan Iskandar dan Dean Sani, yang juga menjadi tuan rumah kepada Indische Party, kugiran dari Indonesia yang pernah merakamkan lagu-lagu mereka di studio Abbey Road. Peminat Herri juga mendapat kejutan apabila Bittersweet tampil menjadi tetamu rahsia pada Jumaat yang lalu di ATAS by Bijan FX.

Tontonilah sedikit sedutan video dari gig tersebut di sini (video oleh Muhammad Najman)