By Norain F.

Raya akan menjelang tidak berapa lama lagi dan iklan-iklan raya sudah mula dimuatnaik di laman media sosial seperti Twitter dan YouTube. Mesti  semua orang tidak sabar hendak menonton iklan Raya tahun ini kan? Berbanding tahun-tahun yang terdahulu, iklan raya tahun 2018 lebih meriah dan happening. Setakat ini, tahun 2018 merupakan tahun yang kita jarang dapat melihat iklan raya yang sedih-sedih. Tahun ini lebih mengekalkan tema kegembiraan bersama ahli keluarga dan merapatkan silaturrahim antara saudara-mara dan sahabat handai.

  1. TNB Raya 2018 – Rumah Epik Fantastik

Iklan raya yang ini memang antara yang paling unik yang kami pernah tonton. Semua aspek iklan ini, kami beri 10/10. Seni wayang, gred warna dan jalan cerita semua best! Macam tengok filem Wes Anderson movie yang lepas-lepas. Tahniah kepada TNB kerana berjaya menghasilkan iklan raya yang simple tapi menarik.

  1. Iklan Raya TM 2018

Mesti anda pun frust dengan makcik bawang bila balik kampung, kan? Tapi, mungkin ada istilah tersirat disebalik sifat makcik bawang itu sendiri.

Lazada Malaysia
  1. Iklan Raya 2018 – Kenangan Bersama Ayah: ROTAN

Siapa pernah kena rotan masa kecil dahulu? Kalau dulu-dulu, memang rasa pedih dan sedih bila kena rotan. Tapi bila sudah semakin dewasa, mesti lambat-laun anda akan rindu memori bittersweet bila kena rotan.

Lazada Indonesia
  1. Samsung – Raya Last Minit

Iklan ini pun antara yang paling best tahun ini. Jalan cerita tidak terlalu complicated dan senang untuk faham. Kami suka cara Samsung mencirikan produk mereka dalam iklan ini. Sangat halus tapi masih efektif.

  1. Iklan Raya 2018 – Raya Chin

Kalau anda suka yang mengandungi plot putarbalik, iklan ini memang wajib anda tengok. Memanglah kita rasa boss kita kadang-kadang terlalu garang, tapi mungkin ada sebab terselindung yang kita tidak tahu.

 

  1. Iklan Raya 2018 – Baju Raya Terbakar! Macamana Nak Raya?

Iklan Takaful ini pun tidak terlalu berat . Ada elemen sedih tapi diakhiri dengan kegembiraan. Iklan ini menunjukkan kepentingan kerjasama dalam setiap aspek kehidupan, terutama sekali menjelang Raya.

  1. Iklan Raya 2018 – Bila Company Spark Plug Buat Iklan Raya

Walaupun ini iklan Raya, Spark Plug menyuntikkan elemen kesepaduan antara kaum. Walaupun jalan cerita  agak mudah, mesej iklan tersebut masih dapat disampaikan.

  1. Iklan Raya PETRONAS 2018

Iklan ini merupakan antara iklan-iklan mudah yang paling efektif. Iklan ini menerapkan mesej tentang kerjasama antara ahli keluarga untuk menjadikan Hari Raya hari yang bermakna untuk saudara-mara.

  1. Iklan Raya KFC 2018

Antara mesej yang boleh dilihat dalam iklan ini adalah, kalau adik beradik  anda masih berdendam tentang memori masa kecil yang tidak boleh dilupakan, belilah ayam KFC.

  1.  Iklan Raya TOYOTA 2018

Walaupun sedih tengok iklan ini, nasib baik ada happy ending. Iklan ini mengajar kita bahawa kadang-kadang ibu bapa kita hanya ingin meluangkan masa dengan kita.