by Shazwan Zulkiffli

Selain menyentuh topik topik sensitif seperti agama dan bangsa, mempersoalkan tentang hal ehwal makanan dan minuman kegemaran Malaysia juga boleh menyebabkan perbalahan, tetapi lelaki dari Midvalley yang bernama Vishen Lakhiani suka bermain dengan api, dan telah kemukakan pendedahan yang telah berjaya menggoncangkan budaya mengopi dan mengeteh satu Malaysia.

My country is now the fattest country in Asia. And this food company…according to an expose in the New York Times, is partially to blame. Hope this video helps awaken people to how food companies are blatantly lying to us all. It makes you sick. Literally.Here's the NY Times Article:https://www.nytimes.com/2017/12/23/health/obesity-malaysia-nestle.htmlAnd here's the link to the class I'm doing this week with Eric Edmeades on dispelling the lies around food:http://www.mindvalley.com/eric-edmeades/wildfit/masterclass/invite?utm_source=facebook&utm_medium=mv_group-post&utm_campaign=launch_wf_jan_2018&utm_content=vlog

Posted by Vishen Lakhiani on 25hb Januari 2018

Kata Vishen, menurut New York Times, pegawai kerajaan di Malaysia menerima duit dari syarikat-syarikat besar seperti Nestle untuk mempromosikan produk yang kurang sihat sebagai makanan yang berkhasiat seperti Milo.

(Artikel penuh disini: https://www.nytimes.com/2017/12/23/health/obesity-malaysia-nestle.html)

Menurut Vishen, Nestle sudah lama promosikan Milo sebagai minuman yang sihat dengan menggunakan gambar ahli sukan di hadapan tinnya. Vishen juga berkata, 40% dari kandungan dalam tin Milo hanyalah gula semata-mata, dan tidaklah menyerupai minuman yang sihat seperti yang diiklankan.

Selain Milo, Vishen juga membawa keluar sekotak Nestle Honey Stars, yang dikatakan antara bijirin sarapan yang mengandungi paling banyak gula dalam industri pemakanan, dan menunjukkan sebuah label merah yang telah diberikan oleh kerajaan sebagai tanda bijiran tersebut adalah sihat.

Selepas menonton video tersebut yang telah viral di media sosial, ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut khuatir terhadap isu ini, dan meminta kerajaan Malaysia untuk memberikan kata putus tentang hal ini.

Boleh Letak 10 Sudu, Tapi Air Kena Lebih

Boleh Letak 10 Sudu, Tapi Air Kena LebihLanjutan daripada video viral yang dikeluarkan oleh Vishen Lakhiani berkaitan dakwaan minuman MILO yang menjadi minuman “kesihatan” rakyat Malaysia yang dikatakan mengandungi 40% gula, kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dihujani berbagai pertanyaan daripada pengguna yang amat risau dengan “berita” tersebut. Kami meminta kenyataan rasmi daripada syarikat Nestle yang mengeluarkan berbagai produk pemakanan mereka bagi menjawab keluhan pengguna berkaitan dakwaan “kesihatan” dalam produk yang dikeluarkan.#PPIM #Nestle #MILO #KKM #KPM #KPT

Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on 6hb Februari 2018

Syarikat Nestle akhirnya memberi kenyataan rasmi dengan mempertahankan produknya dari tuduhan yang dilemparkan oleh Vishen dengan mengatakan Milo hanya mengandungi 6% gula dalam satu gelas 200 ml. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan rasmi Nestle, dan meminta Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalani siasatan ke atas minuman coklat kegemaran Malaysia ini.

Apa kata anda? Adakah kita ditipu oleh Nestle selama ini atau ini semua propaganda semata-mata?