By A.Akbar

Dunia hip hop Malaysia bergegar bagai dilanda gempa bumi bila rapper Altimet, yang bakal bersara, mengeluarkan sebuah lagu bertajuk ‘Mambang’. Seperti lagu ‘Amboi’, pada tahap ini, apa-apa lagu yang ditulis oleh Altimet akan mendapat sambutan yang meriah, dan ‘Mambang’ tidak terkecuali dalam hal ini. Tetapi ada sesuatu yang menarik tentang lagu ini – adakah ia ditujukan kepada rapper lagenda, Malique?

Malique, bekas ahli kumpulan Too Phat, baru-baru ini muncul dengan beberapa lagu berserta dengan sebuah album setelah lama menghilang, termasuklah kolaborasinya bersama Lan dan monoloQue untuk lagu tema sukan SEA tahun lepas. Ramai peminat hip hop Malaysia berspekulasi dengan mengatakan bahawa lagu terbaru Altimet ini ditulis untuk ‘menyerang’ Malique. Ini kerana liriknya yang mungkin boleh disamakan dengan situasi dan karier Malique sendiri.

Tetapi kedua-dua rapper ini, bernaung di bawah label yang sama, iaitu Warner Music Malaysia. Benarkah lagu ini ditujukan kepada Malique? Jika ya, mengapa Warner Music Malaysia membenarkan salah satu aset terbaik mereka menyerang seorang lagi artis mereka?

Selepas beberapa hari hangat dibincangkan di sosial media, semalam Altimet tampil untuk memberikan penjelasan di Twitter:

Apa kata anda?