by A.Akbar

Kugiran irama pop yeh yeh era baru MASDO bakal menjelajah ke seluruh negara untuk mempromosikan album pertama mereka yang akan datang.

 

MASDO, sebuah konsep baru yang dibawakan oleh bekas penggerak utama kugiran The Lipstik yang aktif di era indie dahulu, sudah mencipta nama di arena seni di Malaysia, sehinggakan ramai penggiat muzik seiring mereka mengatakan kemarakan populariti MASDO merupakan percikan api terawal untuk menyambut kedatangan kembali dominasi muzik indie.

Sebelum pergi Jelajah Malam Pesta Rock n Roll, Pak Maon kenalah bersiap bagi nampak segak & bergaya. Baru ada gadis tertawan. Nantikan sambungan video ini untuk cara-cara menyikat rambut. 💃🕺#GengPakMaon #GengBentaraGuru #JelajahMasdo #IniBaruMasdo #SelamatTinggalPujaanStickybox @hashtagmalaysia

MASDO 貼上了 2017年9月29日

Kini, kumpulan yang diketuai oleh Ali Sariah itu mengumumkan bahawa mereka akan membuat tour bermula dengan Ipoh pada 14 Oktober ini dan berakhir di Johor (Kilang Bateri) pada tanggal 18 November 2017.

Gilap kasut dan bersedialah untuk menari twist!