By Shazwan Zulkiffli

Baru baru ini sebuah artikel dari www.worldofbuzz.com telah menjadi viral (link sebenar disini http://www.worldofbuzz.com/woman-gets-public-backlash-suggesting-malaysians-not-give-birth-many-kids/) dan telah memisahkan media sosial kepada dua pihak: pro-perancangan keluarga dan anti-perancangan keluarga.

Apa itu perancangan keluarga? Perancangan keluarga, atau dalam bahasa Inggeris “family planning” merupakan sebuah perancangan untuk membina keluarga mengikut kemampuan dan situasi semasa. Perancangan keluarga sangat digalakkan terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah, atau pun ketika menghadapi situasi kegawatan ekonomi. Ia bukanlah seperti membunuh anak, atau bayi yang belum lahir, tapi mengelakkan dari melahirkan anak atas sebab tidak berkemampuan.

Walaupun perancangan keluarga itu sesuai dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, masih ramai yang agak janggal dengan idea tersebut – itu tidak masuk pengguna Facebook yang menentang idea perancangan keluarga habis-habisan dan mengutuk siapa saja yang menyuarakan pendapat tentang idea perancangan keluarga. Budaya “bashing” masyarakat di Facebook ini telah membuatkan ramai dikalangan rakyat Malaysia pekak, buta, dan hanya mahu mendengar apa yang mereka mahu mendengar, tidak langsung memikirkan jika hal tersebut rasional atau tidak.

Jadi sebab ramai komentar yang menggunakan agama Islam sebagai alasan utama untuk menentang perancangan keluarga, mari kita tengok terjemahan petikan ayat Quran ini:

“Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.” (Surah Al-An’am Ayat 151)

Lazada Malaysia

Ya, mengikut ayat dari Surah Al-An’am ini, membunuh anak-anak kerana kepapaan, atau kemiskinan itu haram hukumnnya. Tapi persoalannya, adakah perancangan keluarga itu melibatkan apa apa jenis pembunuhan? Mungkin sesetengah orang akan berkata:

“Sperma sperma yang tidak disenyawakan dengan ovum itu akan dibazirkan, lantas membunuh bakal anak yang mungkin boleh membesar dan dilahirkan!”

Lazada Indonesia

Betul, bazir juga sperma sperma yang tidak disenyawakan tersebut. Tetapi, bagaimana anda mahu membunuh sesuatu benda yang belum hidup? Sperma hanyalah benih atau organisma yang dikeluarkan oleh lelaki sewaktu bersetubuh dan untuk “menghasilkan” anak itu memerlukan seorang perempuan juga. Jadi, pendapat ini tidak boleh digunakan kerana sperma tidak boleh diambil kira sebagai benda yang hidup.

Bagi ramai umat Islam, kurniaan anak itu merupakan rezeki, dan ia bukanlah idea yang salah. Betul, dalam islam, anak dianggap sebagai rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT tapi ramai yang mengambil ini dari konteks yang salah. Apakah maksud sebenar anak = rezeki?

KIta boleh lihat soalan in dari pelbagai perspektif tapi yang paling tepat adalah: kurniaan anak itu sendiri adalah rezeki. Orang lain mungkin menerima rezeki dalam berbentuk wang, atau hari cuti, atau mungkin dalam bentuk kesihatan. Mungkin anda pula dalam bentuk seorang anak yang anda boleh anda sayangi dan akan menyayangi anda juga. Ramai orang telah tersalah tafsir idea ini dengan mentafsir nya sebagai “Anak boleh mendatangkan rezeki”. Jika anda rasa begitu, syirik hukumnya kerana rezeki itu hanya datang dari yang Satu.

Dalam segi kewangan pula, pembiayaan seorang anak itu sangatlah tinggi kosnya. Ibubapa perlu membiayai kos memelihara seorang anak yang mungkin akan mencecah puluhan, ratusan ribu, atau bagi sesetengah pihak, berjuta untuk memberi yang terbaik untuk mereka. Apa yang cik Syazwani cakap itu tepat: jika gaji anda tidak cukup untuk biaya anda dan isteri, bagaimana anda mahu membiayai anak anda? Cara anda memelihara anak amatlah penting. Anak anak haruslah membesar dalam suasana yang positif untuk membolehkan mereka berkembang secara fizikal dan mental. Tetapi jika anak itu diselubungi oleh keadaan rumah yang teruk, hutang piutang keluarga, ibubapa terlalu sibuk lalu tidak mengendahkan anak, bagaimana dengan peluang anak tersebut untuk menjadi manusia yang berguna, efisyen, dan boleh berbakti pada keluarga, masyarakat dan negara suatu hari nanti?

Jawapannya terletak pada anda. Hak untuk melahirkan anak itu hak semua, tetapi bukan hak anak anda untuk dilahirkan. Dia tidak pilih untuk dilahirkan ke dunia ini jadi, sebagai pihak yang membuat keputusan untuk membawanya ke dunia, anda harus bertanggungjawab untuk memberikan yang terbaik kepada nya agar dia akan menjadi manusia yang baik untuk semua.