by A.Akbar

Kugiran metalcore Patriots sentiasa mahu mencuba benda yang baru, seperti lagu hit mereka ‘Seindah Kata’ yang juga merupakan sebuah kolaborasi bersama penyanyi dari Maddthelin, Kareema Ramli.

Selepas menukar nama dari Heart-A-Tack ke Patriots dan mengeluarkan sebuah album berjudul ‘Stand Off’, Patriots makin berani menggabungkan elemen elemen asing ke dalam jenama metal mereka. Baru baru ini, penyanyi utama mereka, Amir Shazrin, didapati mencuba untuk ‘rap’ di dalam lagu baru mereka, ‘Hasut’.

Amir Shazrin, yang juga peminat hip hop Malaysia seperti Joe Flizzow, Aman Ra dan DeFam, memberikan persembahan rap yang mantap dalam beberapa verse untuk ‘Hasut’. Setakat ini, ‘Hasut’ boleh dikatakan lagu Patriots yang paling kreatif.

Dengarkan lagu ini dibawah: