by A.Akbar

Kugiran Nusantara Rock Psychedilia Pitahati, yang merupakan kumpulan di bawah naungan syarikat rakaman Luncai Emas milik M. Nasir, akan beraksi di Tanjung Malim untuk acara ‘PITAHATI Di Sarang Art Hub’, dianjurkan oleh Ruang Hati Kita dengan kolaborasi bersama Sarang Art Hub milik pengarah filem tanah air, Mamat Khalid.

Pitahati, yang terkenal dengan lagu lagu seperti ‘Bintang Biru, Kristal Salju’, ‘Nafas’, dan ‘Sahabat’ akan membawa para hadirin ke alam bunyi-bunyian yang mengasyikkan – sebuah pengalaman yang tidak dapat dialami di corong-corong radio arus perdana tempatan. Inilah peluang keemasan bagi penduduk sekitar Tanjung Malim untuk menyaksikan kehebatan mereka dengan mata dan telinga sendiri.

Gig yang akan berlangsung pada 14 Oktober ini, juga akan menampilkan tiga lagi kugiran hebat: The Otherside Orchestra, yang baru sahaja  melancarkan album mereka tahun ini, Margasatwa, dan Seikan No, kugiran post-rock yang sedang berpaut pada bibir pencinta muzik tanahair.

Tiket persembahan dijual pada harga RM25 di pintu masuk dan RM20 secara early bird kepada 100 tempahan awal. Untuk mendapatkan tiket, hubungi 0104034413 (Syamil Syawal) dan untuk sebarang pertanyaan mengenai acara ini, boleh hubungi 0149470290 (Rahman Saharddin).

Tarikh: Oktober 14, 2017

Masa: TBA

Lokasi: Sarang Art Hub, Tanjung Malim

Tiket: RM20 – RM25