By Adani Bakhtiar

Prettysuci.com, destinasi kecantikan dan penjagaan kulit terbaru khusus untuk produk-produk Halal telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Idea di sebalik penubuhan perniagaan ini lahir daripada dua usahawan wanita yang gemar akan produk kecantikan yang Halal, dan menawarkan pelbagai produk bukan sahaja dari Malaysia, bahkan dari serata dunia seperti Australia, USA, Taiwan, Korea dan Indonesia.

Beberapa jenama telah mendapat sambutan hangat dari pengguna di negara masing-masing, seperti, Naelofa dan Marcella + Co (Malaysia), Naveen (Taiwan), Kester Black (Australia), Tom’s Of Maine (USA). Dengan himpunan pelbagai jenama kosmetik dari dalam dan luar negara, destinasi atas talian ini berharap dapat menyediakan pilihan yang hebat, produk berkualiti dengan tarikan antarabangsa. Pembeli dan peminat pasti akan tertarik dengan pilihan yang ditawarkan kepada mereka, bermula dari produk penjagaan kulit kepada maskara dan gincu bibir, kepada bedak asas dan pelembab serta pengilat kuku Halal.

Produk kecantikan & penjagaan kulit Halal ini bermaksud “dibenarkan” di dalam bahasa Arab, merujuk kepada bahan-bahan yang digunakan untuk menciptanya. Produk berikut perlulah bebas daripada asas haiwan dan isi kandungan yang tidak dibenarkan syarak seperti penggunaan alkohol berlebihan dan ianya haruslah ‘cruelty free’. Dengan munculnya juga produk-produk organik, tumbuh-tumbuhan dan ‘cruelty-free’ ini juga, kita dapat melihat bahawa adanya kesedaran yang tinggi di kalangan pengguna yang mahukan produk Halal dan ia merupakan pilihan terbaik buat mereka.

Laman web: www.prettysuci.com

Leave a Reply