Seperti yang kita tahu, majoriti rakyat Malaysia bersifat penyayang dan cintakan keamanan. Sejak dari era pergolakan Serbia-Bosnia lagi, Malaysia banyak menerima masuk kes kes pelarian atau dalam Englishnya, ‘refugee’ atas nama kemanusiaan dan mungkin sedikit simpati. Kewujudan sosial media seperti Facebook membuatkan penyebaran dakyah ini tampak lebih jelas, walaupun kebanyakannya hanya fokus terlalu khusus kepada golongan umat islam yang dalam kesusahan, seperti mangsa perang di Palestin (walaupun di negara lain pun ada saja mangsa perang tak kira agama). Secara asasnya, ‘trend’ ini baik jika dilihat dari segi moral.

Pada klimaks perjuangan anti-Israel di Malaysia, banyak NGO tempatan telah menggalakkan rakyat Malaysia untuk boycott produk produk yang kononnya memberi sumbangan kepada rejim Israel seperti ubat gigi Colgate, Nestle, filem filem Hollywood dan juga pasukan bola sepak terkemuka Arsenal. Aktiviti aktiviti memboikot bermula dengan sekecil kecil amal seperti tidak membeli barangan yang telah di senarai hitam oleh NGO, dan diakhiri dengan demonstrasi dihadapan francais makanan segera, McDonald’s. Walaupun kemudiannya banyak bukti bahawa dakwaan NGO ini hanya fitnah semata mata selepas McDonald’s memberikan respon mereka dan juga pengalihan milikan francais tersebut kepada usahawan Saudi, masih ramai yang terus memboikot tanpa sebab yang utuh – menunjukkan semangat jati dalam melindungi dan menolong saudara seagama.

Malangnya kes tragedi Rohingya tidak diberi layanan yang sama. Mengikut kajian agensi Al Jazeera, seramai 1 juta warga Rohingya terpaksa lari dari tanahair mereka sejak tahun 1977. Minggu lepas saja, 146,000 ahli kaum Rohingya yang lapar dan dahaga berhijrah ke Bangladesh, yang populasinya berada di kadar yang hampir tidak terkawal, dalam lingkungan hanya 11 hari. Semakin hari, semakin ramai warga mereka terkorban atau melarikan diri mencari perlindungan ke tanah orang dan dunia? Dunia terus memerhati.

(AP Photo/Gemunu Amarasinghe)

Ya, Malaysia pernah memberikan sumbangan dan menunjukkan solidariti kepada mereka yang ditindas ini. Mungkin ramai yang lupa, tetapi sebuah demonstrasi bertajuk ‘Solidariti For Rohingya’ telah dianjurkan tahun lepas, dengan pengiktirafan oleh Perdana Menteri kita sendiri, Dato’ Seri Najib Razak, yang juga menegaskan Myanmmar untuk selesaikan masalah ini, sebelum mereka dipengaruh oleh kumpulan kumpulan extremis Islam seperti ISIL. Akan tetapi, Malaysia, bersama dengan Indonesia juga pernah menolak beberapa bot Rohingya daripada masuk ke perairan masing masing, walaupun akhirnya mereka diberi peluang kedua disini.    

Tanggapan baik terhadap warga Rohingya terus merudum selepas sebahagian dari mereka berdemo dihadapan kedutaan Myanmar yang dihentikan oleh pihak polis. Bermula dari situ, bukan sahaja rakyat Malaysia tidak ambil kisah tentang perkembangan pelarian Rohingya, malah mencemuh mereka, memfitnah mereka dengan memanggil mereka ‘tidak bersyukur’, ‘menyusahkan orang’ dan ‘hanya menyebabkan kesesakan trafik’. Daripada menjadi mangsa rejim Burma, Rohingya telah menjadi seperti hantu yang menyorok dikalangan masyarakat Malaysia – kaum yang seolah olah tidak wujud, tiada hak untuk bersuara, dan tiada hak untuk merasa apa apa.

Hipokritikal juga bagi pihak pihak yang pada suatu masa dahulu, mengeji dan menengking orang islam lain yang masih menjamu selera di McDonald’s ketika memboikot mereka dikira sebagai ‘trend’ kerana kini, golongan itu hanya senyap sepi menyendiri. Kalau dahulunya bukan main laungkan kata kata semangat khususnya untuk menolong saudara seagama, kini senyap sebab apa? Rohingya bukan seagama ke? Ataupun yang lebih logik dan masuk akal, salah ke jika kita tolong sesama manusia, tak kira agama atau warna kulit?

Dengan kemerdekaan Malaysia yang membolehkan kita bergerak bebas, mengupload gambar gambar makanan di Facebook dan kesempatan untuk menghirup teh tarik di kedai mamak, ya kita harus bersyukur Malaysia masih tiada ada junta yang memerintah dan melakukan pembersihan etnik secara besar besaran. Tetapi jika inilah perangai kita sebagai pihak neutral – hipokrit dan pilih kasih, kita tidak layak mendapat apa apa bantuan dari mana mana pihak, bila kita dilanda masalah nanti. Selagi kita tidak belajar dari sejarah, sejarah tetap akan berulang.  

Marvel’s The Punisher’s trailer is out – and it’s epic

Frank’s back for revenge.

Leave a Reply

Read More

An intimate show with Pitahati at TTDI

Psychedelic outfit Pitahati will be bringing back their famous Panggung Suara to TTDI's prime attraction InTUNnation, or formerly known as Perfect Square Space. Based on their album Selamat Datang Ke Panggung Suara, we reckon that the show will be a trippy...
Read More

5 Lokasi Hiking di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Jom hiking!

Leave a Reply

Read More

French Kiwi Juice At The Bee, Publika

I’ll be honest with you. I had no idea who FKJ was at first, until I was jamming to a Spotify playlist curating mostly chill electro songs and his song Better Give U Up started playing. Listening to the song, with strong bass pumps,...
Read More

Is this the new Powerpuff girl?

Saving the day with a new member?

Leave a Reply

Read More

Leave a Reply