By Shazwan Zulkiffli

minul2

Takkan aku lupa tragedi yang memberikan kesan kepada aku semasa aku masih di Tingkatan 3.

Aku masih terlalu muda ketika itu untuk menyaksikan rakan sendiri, berlumuran darah, selepas ditembak betul betul di hadapan rumahku sendiri di Seksyen 11. Masih teringat bila aku keluar dari rumah malam itu dengan seribu tanda tanya, beberapa kereta polis dijadikan benteng untuk menutup jalan, dan bunyi anggota polis berjalan keliling kereta Aminul yang terbabas di longkang depan rumah ku memecah kesunyian malam.

Malam itu agak gelap dari yang biasa, jadi aku tak dapat betul betul cam gerangan siapakah yang ditembak mati hanya beberapa kaki dari ku. Apa yang aku nampak hanya sekujur badan yang sudah tidak bernyawa di dalam kawasan yang dikawal ketat oleh pihak polis.

Jiranku ketika itu, (rumahnya sekarang dijadikan tadika Qdees), yang turut keluar untuk meninjau keadaan, datang padaku dan berkata.

Lazada Malaysia

“ Weh macam pernah nampak seluar tu, tu macam seluar Minul (Aminulrasyid).“

“ Kau jangan macam macam la, takkan minul kot“ aku balas.

Lazada Indonesia

Tapi jujur takpernah ku sangka, bahawa seluar tu betul betul kepunyaan Aminul. Dan pada malam itu Aminul sudah meninggalkan kita.

minul

Pemergian Aminul betul betul memberikan impak kepada diriku, keluarganya dan rakan rakan. Seumur hidupku, tak pernah aku merasa majlis tahlil yang boleh dikatakan meriah dengan kehadiran rakan rakan Aminul dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang memenuhi jalan kecil yang menghala ke rumah keluarganya.

Tapi itulah, kesan pemergian seseorang akan selama lamanya melabuhkan sauh ke dalam  hati kita, lagi lagi bila seseorang itu, pergi di waktu muda. Menurut cikgu cikgunya, arwah merupakan seorang yang sangat baik hati dan peramah, dan sebagai rakan nya, aku setuju kata kata mereka. Persetankan apa yang tertera di media massa tentang arwah menyorokkan parang di dalam bonet kereta dan lain lain fitnah, kerana kita semua tahu itu hanya permainan media. Walau apa pun yang terjadi, arwah telah memainkan peranan yang murni dalam hidup orang yang dikenalinya, dan pada saat ini, memori bersamanya akan sentiasa terpahat dalam ingatan kita semua.

6 tahun sudah berlalu, dan akhirnya keadilan ditegakkan semalam bila kemenangan memihak kepada si mangsa selepas  kes mahkamah diantara bonda arwah, Norsiah dengan Jenain Subi, Tan Sri Khalid, dan kerajaan selesai setelah sekian lama. Keluarga arwah terima ganti rugi sebanyak RM400,000 untuk kes tersebut.

Untuk rakan rakan arwah Aminul dan juga rakannya Azam, yang sedang membaca artikel ini, terima kasih untuk semua sokongan yang diberikan sepanjang siasatan keatas kes ini. Semoga kita semua dapat pelajari dari pengalaman ini, untuk kebaikan di masa hadapan nanti.