Sudah lebih sedekad maliQue dan Joe Flizzow berpisah dari kumpulan hip hop Too Phat yang diagungkan ramai sewaktu fasa kemuncaknya pada tahun 90an dan awal 2000. Kini, macam macam khabar angin timbul tentang keadaan maliQue, lagi lagi selepas Joe Flizzow rilis lagu ‘Aku Tanya Apa Khabar’ yang sangat jelas ditujukan kepada the General.

Sebulan yang lepas terdapat desas desus diantara pemuzik tanahair yang mengatakan maliQue bakal kembali ke arena muzik lokal, walaupun ramai yang menyangkal idea ini kerana tiada bukti dari maliQue sendiri. Namun begitu, kementerian belia dan sukan mengambil langkah yang mengejutkan dengan menghasilkan sebuah lagu bersama maliQue, monoloQue, dan Lan. Walaupun maliQue menyumbangkan suaranya pada lagu tersebut, maliQue masih tidak kelihatan di dalam video muzik tersebut, dan telah digantikan dengan orang lain.

Tetapi minggu lepas, rappper lagenda ini memberikan peminatnya sebuah kejutan dengan meriliskan lagu ‘Pejamkan Mata’ bersama seorang lagi veteran vokal tempatan, Dayang Nurfaizah. Adakah maliQue akan akhirnya menunjukkan wajahnya dalam masa yang terdekat?

Tontoni video ini dibawah:

https://www.youtube.com/watch?v=VQDTiHY6B8s

 

Leave a Reply