By A.Akbar

Dua kugiran yang sedang hangat diperkatakan sekarang, kumpulan post-rock dari Tanjung Malim Seikan No yang baru sahaja memukau penonton di Monraisers Vol 1 bersama duo electronic alaf baru, Shuuna, akan beraksi bersama untuk event Alam Bunyian.

Selepas beberapa bulan yang sangat progresif bagi Seikan No, band ini akan turut bermain di Rantai Art Festival bersama Orkes A Hizadin, The Fatalis dan Spacehawk, bakal memanaskan badan di Minut Init bersama Mafidz dan kugiran Warner Music, Oceanlights. Band ini juga sedang merakamkan EP atau album sulung mereka bersama produser terkenal, AG Coco.

Shuuna, pemain baru dalam scene indie, keluar dengan EP yang penuh dengan kejutan bertajuk ‘Torsades De Pointes’. Pemain gitarnya, Moja, pernah beraksi di Rock The World bersama Monalyssa, jadi walaupun duo ini baru, mereka juga berpengalaman untuk bergerak melepasi liku-liku industri seni.

Tontonilah persembahan mereka di Minut Init Khamis ini!