By Norain F
Takahara Suiko bukanlah nama yang asing lagi dalam industri muzik tempatan. Dikenali kerana gaya muziknya yang luar dari jangkaan dan quirky, dia juga antara penulis lagu yang sentiasa cetuskan idea-idea unik dalam karyanya. Antara lagu-lagunya yang mendapat perhatian seperti “Pelacur Muzik” dan ‘Tenangkan Bontot Anda” yang dipersembahkan bersama Venopian Solitude. Karya-karyanya unik, menyentuh topik topik yang menarik dan bukan hanya berkisar tentang cinta. It can be about human nature, and everything in between.
Takahara, atau alter egonya, VIONA, telah memuat naik lagu yang berjudul Srikandi di laman Twitter miliknya beberapa hari yang lalu. Lagu tersebut dimuat naik bersama video yang berdurasi 21 saat beserta pautan laman Youtube.
Seperti biasa, lagu-lagu yang ditulis oleh Takahara membawa maksud yang mendalam. Menurut Takahara, Srikandi ditujukan khas buat para gadis yang berkeyakinan tinggi, dan menjadi penyelamat diri sendiri. Lagu tersebut menyeru wanita untuk terus berdikari dalam menempuh rintangan hidup tanpa perlu bergantung kepada lelaki. Menariknya, kepala pancuran yang digunakan di dalam muzik video tersebut juga menarik perhatian para peminatnya.
Klik untuk mendengar lagu ini: