By Norain F.

Adakah anda selalu online-shopping, terutama sekali di Instagram dan Facebook? Sekiranya anda melihat online shop yang meletakkan “PM untuk harga.” sebagai caption gambar barangan yang mereka jual, anda boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Penguat kuasa KPDNKK akan memburu mereka yang didapati mengiklankan produk menerusi  talian tetapi tidak pula menyatakan tanda harga barang dijual sama ada sengaja atau tidak.

Jadi, sekiranya anda ingin mengiklankan barangan jualan anda, jangan lupa untuk meletakkan tanda harga bagi memudahkan pelanggan untuk membandingkan harga. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, anda mungkin boleh dikenakan denda sehingga RM 50,000 atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Akta Perlindungan Pengguna 1999 menyatakan bahawa anda juga perlu memaparkan maklumat berkenaan harga yang perlu dibayar, Nombor Pendaftaran Perniagaaan Maklumat untuk dihubungi (Nombor telefon, alamat atau emel), keterangan produk, nama penjual atau syarikat, kaedah pembayaran, anggaran masa hantaran dan terma dan syarat.

Sekiranya terdapat sebarang aduan tentang peniaga atas talian yang tidak mematuhi akta perlindungan pengguna, sila laporkan ke 1-800-886-800.