Beberapa hari yang lepas, sebuah gambar yang menunjukkan carta buku yang paling laris di MPH telah menjadi viral selepas netizens mengkritik hebat seleksi buku yang diminati dan dibeli oleh golongan muda akhir akhir ini.

Facebook

Facebook

Antara yang menjadi perdebatan hebat adalah kedudukan novel “Tundukkan Playboy Itu“ yang telah diterbitkan tahun lepas oleh penulis yang bernama Anjell, yang juga merupakan penulis novel Suamiku Paling Sweet dan Eksperimen Cinta. Namun, buku itu masih menjadi rebutan hangat apabila buku tersebut muncul pada tangga nombor dua, satu tangga diatas “Gantung“, buku yang ditulis oleh Nadia Khan.

Disebabkan sambutan positif dari peminat, beberapa penulisan karya Anjell telah dijadikan drama bersiri yang dibaris oleh artis tempatan yang baru dan juga yang veteran. Eksperimen Cinta telah bintangi oleh jejaka pilihan Malaya Fahrin Ahmad, dengan pasangan drama nya Izreen Azminda manakala Tundukkan Playboy Itu dilakonkan oleh Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose.

TV3

TV3

Kenaikan populariti buku-buku seperti ini telah melahirkan perasaan bimbang ibubapa dan cikgu sekolah, lebih lebih lagi apabila anak anak mereka didedahkan dengan budaya tidak sihat seperti budaya playboy, dan bercinta tanpa batasan. Tetapi yang paling merisaukan adalah budaya mementingkan “cinta“ daripada perkara penting yang lain kerana pengaruh novel seperti ini. Jadi, bila novel seperti ini menjadi pilihan ramai pemuda lebih daripada novel yang bermanfaat, merupakan satu berita yang amat merisaukan.

Lazada Malaysia

Justeru itu, kami di The Level telah berkunjung ke dua pusat membeli belah yang berbeza di Shah Alam dan Subang, untuk ketahui apakah reaksi penduduk di kedua-dua bandar ini tentang isu novel romantis seperti ini yang menjadi rebutan ramai pembaca di Malaysia.

TV3

TV3

Lazada Indonesia

Shah Alam

“Untuk saya baguslah anak muda baca buku macam tu pun. Sekurang-kurangnya mereka membaca. Daripada mereka melepak di cyber cafe atau di taman, baik lah mereka membaca buku, tak kiralah buku apa pun.“

  • Puan Ani, 42, cikgu

“Eh cerita tu best la! Untuk saya lah. Takda masalah sebenarnya kalau nak baca buku (Tundukkan Playboy Itu) seperti ini. Asalkan jangan lupa solat dan tak terlanjur sudahlah“

  • Puan Huzaifah, 43, suri rumah

“Saya tak baca buku buku macam ni sebenarnya. Saya tak baca buku pun. Kalau ada pun artikel dekat Facebook. Siri dia tontonlah, tapi tu je lah“

  • Shazwani, 15, pelajar

“Taktau. Biasa je. Saya tak rasa apa-apa pun. Yang buku punya tak best sangat. Yang cerita (drama bersiri) punya best. Tapi lagi best kalau Zul Arifin (Rindu Awak 200%) berlakon cerita Tundukkan Playboy Itu. Hero dia berlakon tak best“

  • Asmah, 37, peniaga

“ Saya tak pernah baca lagi, jadi siapa lah saya untuk mengomen. Tapi biarlah mereka nak baca apa. Bukan kacau orang pun“.

  • Zulkefli, 42, peniaga
Karya Seni

Karya Seni

Subang Jaya

“Apalah diorang ni. Takda buku lain ke nak baca. Kan elok kalau baca buku yang bermanfaat sikit, contohnya buku yang berkaitan dengan bisnes ke, autobiografi ke…“

  • Azfar, 22, pelajar

“ Kat sekolah mana ada orang baca buku ni. Mummy pun tak tengok siri dia. Buku-buku macam ni orang kampung je yang beli“

  • Syaza, 13, pelajar

“ Sure ke gambar ni bukan edit punya? Manalah tau zaman sekarang kan ramai edit edit. Tapi kalau betul, memang malulah. Anak orang lain baca buku agama, anak kita baca buku pasal bercinta dengan playboy. Susah sangat ke nak pakai otak, dah playboy tu takkan nak buat kahwin!“

  • Sheeda, 41, peniaga

“ Ada lagi ke orang beli buku?“

  • Kevin, 26, atlet angkat berat

“ Penulis zaman sekarang ni dah takda idea ke nak menulis? Ke memang dah tak laku? Dah takda dah zaman-zaman penulis melayu hebat macam Za’ba, A Samad Said. Yasmin Ahmad pun boleh dikira sebagai penulis kan? Sebab dia tulis skrip? Ha dia pun antara penulis yang kira, ada identiti sendiri la, dan cerita yang dia tulis ada isi. Tapi zaman sekarang ni entah lah dik, nak kata tak banyak sumber, internet ada. Mungkin takda didikan asas untuk penulisan di sekolah.“

  • Anis Asyira, 33, pengurus

 

[yop_poll id=”2″ tr_id=”2″]